Tuesday, December 26, 2017

PRU 14 DUN SELANGOR : SAINGAN SENGIT DI ANTARA BN, PAS DAN PH UNTUK MEREBUT DUN SELANGOR




SIAPA AKAN BERJAYA?



PRU 13 lalu, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan DUN Selangor di mana dengan memperolehi 44 kerusi DUN  (DAP : 15, PAS : 15 dan PKR : 14) berbanding BN hanya 12 kerusi sahaja.

Beberapa bulan lagi, Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR, PPBM dan AMANAH akan berebut kerusi dengan BN dan PAS.

PAS dijangkakan bertanding di semua kerusi Majoriti Melayu dan BN akan bertanding di semua 56 buah kerusi DUN di Selangor.

BN dan PAS menghadapi masalah di PRU 14 ini di mana ramai ahlinya telah berpindah ke PARTI SERPIHAN iaitu AMANAH dan PPBM di mana mereka telah menyertai Pakatan Harapan.

Berikut dipaparkan ANDAIAN KEPUTUSAN PRU 14 di antara DUA PIHAK iaitu PAKATAN HARAPAN (DAP, PKR, PPBM dan AMANAH) dan PAKATAN BN-PAS (jika berlaku).


N01
SUNGAI AYER TAWAR
1741
N02
SABAK
2352
N03
SUNGAI PANJANG
2692
N04
SEKINCHAN
-577
N05
HULU BERNAM
1629
N06
KUALA KUBU BAHARU
1566
N07
BATANG KALI
3032
N08
SUNGAI BURONG
2752
N09
PERMATANG
816
N10
BUKIT MELAWATI
1601
N11
IJOK
1314
N12
JERAM
3723
N13
KUANG
1763
N14
RAWANG
-4358
N15
TAMAN TEMPLER
-1428
N16
BATU CAVES
2660
N17
GOMBAK SETIA
5481
N18
HULU KELANG
4899
N19
BUKIT ANTARABANGSA
-409
N20
LEMBAH JAYA
-80
N21
CHEMPAKA
-2030
N22
TERATAI
-4222
N23
DUSUN TUA
-2760
N24
SEMENYIH
1562
N25
KAJANG
-2053
N26
BANGI
4000
N27
BALAKONG
-3503
N28
SERI KEMBANGAN
-12664
N29
SERI SERDANG
-4345
N30
KINRARA
-5417
N31
SUBANG JAYA
-7545
N32
SERI SETIA
1775
N33
TAMAN MEDAN
2723
N34
BUKIT GASING
-7101
N35
KAMPUNG TUNKU
-5610
N36
DAMANSARA UTAMA
-16721
N37
BUKIT LANJAN
-7404
N38
PAYA JARAS
-598
N39
KOTA DAMANSARA
-215
N40
KOTA ANGGERIK
4651
N41
BATU TIGA
4286
N42
MERU
1045
N43
SEMENTA
-179
N44
SUNGAI PINANG
-2571
N45
SELAT KLANG
1456
N46
PELABUHAN KLANG
-286
N47
PANDAMARAN
-4084
N48
KOTA ALAM SHAH
-4816
N49
SERI ANDALAS
274
N50
SRI MUDA
514
N51
SIJANGKANG
2845
N52
TELUK DATUK
-610
N53
MORIB
1961
N54
TANJONG SEPAT
579
N55
DENGKIL
4304
N56
SUNGAI PELEK
3279


HUBAYA-HUBAYA



PRU 14 P069 PARIT : CALON AMANAH DAN PAS DAH SIAP SEMENTARA BN MASIH DALAM PROSES AKHIR




BN Parlimen P069 Parit pernah mengalami kekalahan sebanyak DUA KALI (1969 dan 1999).

Tahun 1969, Perikatan kalah ditangan PAS di mana Calon Perikatan, Dato' Husain Nordin dikalahkan oleh Cikgu Hashim Gera.

Tahun 1999, BN dikalahkan juga oleh PAS di mana Calon BN, Dato' Seri Megat Junit dikalahkan oleh Ustaz Bashir.

PRU 14, dijangkakan akan berlaku pertembungan TIGA PENJURU di antara BN, PAS dan PH.

Pakatan Harapan sudah menetapkan calonnya iaitu Datuk Tarmizi Mat Jam mewakili AMANAH. Beliau adalah Bekas Pemimin PAS Parlimen Batu merupakan Anak Jati Lambor Kanan dan pernah bertanding di DUN N39 Bota di PRU 1995 di mana kalah di tangan Cikgu Ismail Hasbolah.



PAS pula kemungkinan akan meletakkan Calon Popular mereka iaitu Dr Najihah yang telah beberapa kali bertanding di P069 Parit, N38 Belanja dan di PRK P067 Kuala Kangsar.



Sementara BN, masih belum menetapkan lagi siapakah yang akan bertanding untuk menggantikan Penyandang yang sudah diketahui umum  bahawa TIDAK AKAN MENAWARKAN DIRI lagi untuk bertanding iaitu YB Dato' Mohd Zaim Abu Hassan yang sudah menjadi Wakil Rakyat sejak PRU 1995 lagi (22 tahun). Beliau pernah kalah di N38 Belanja di PRU 1999 di tangan Dr Fazli (PAS).



Di antara Calon-calon yang digembar gemburkan adalah ...

1.   Sdr. Khairul Shahril Mohamad.


Merupakan Anak Jati Lambor Kanan yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Perak.


2.   Datuk Akmar Hisham Mokhles


Merupakan Anak Jati Parit yang merupakan salah seorang dari Setiausaha YAB Perdana Menteri Malaysia.


3.    Mior Shahrin Mior Yusof


Merupakan Anak Jati Bota Kiri yang merupakan Pengerusi PPK Bota/Lambor.


HUBAYA-HUBAYA